Wednesday, February 08, 2006 @ 8:31 AM ![]() PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL Semalam aku dan kawan kawan pergi menyaksikan PGLM di istana budaya yang gah tu. Wah sungguh happening tapi ceritanya kita dah tahu macam mana so tak de la apa sangat surprisenya. Ok so hari ni sebagai peminat teater la kononnya walaupun tak berlakon teater kat DPA dulu aku nak buat la komen ke kritik ke apa apa la berkaitan PGLM. Seat aku dapat depan sekali so lubang hidung dan segala yang terjurai di atas pentas mudah sangat aku nampak. Secara keseluruhannya bagi aku ia adalah production yang baik dan teknikalnya sungguh la hebatnya. Ialah IB mana pernah kalah bab teknikal ni. Prop yang digunakan simple sangat tapi memberansangkan. Penggunaan propsman cum hulubalang memang bagus kerana susah untuk penonton nampak cela. Pakaian yang digunakan oleh semua pelakon amat menarik dan sedikit sama dengan PGL the movie. Tapi kalau sesiapa suka tgk org berkemban boleh la dating tgk. Mana taknya, semua perempuan pada mulanya berkemban dan ada jugak yang ditakuti akan tertanggal kain kemban itu. Cleavage ada plak tu yang nampak, nasib baik la aku cuba berlaku professional masa tengok PGL tu; kalau tidak….. hmmm selain itu, sekarang aku nak review tentang pelakon pulak: Gusti putri ![]() ![]() Tiara memang hebat dalam PGLM ni. Memang nampak dia bersungguh sungguh dalam berlakon dan entahlah nak cakap macam mana. Hebat lah… nyanyiannya ok walaupun tak la sesedap siti nurhaliza tapi teknik nyanyiannya dalam teater memang berjaya. Bahasa yang disebutkan jelas dan terang serta mudah difahami. Percakapan yang tidak tergopoh gapah. Make up cantik. Badan cantik. Hang tuah ![]() Pemilihan Stephen rahman sebagai hang tuah sebenarnya secara peribadinya ok la jugak tapi lebih baik sekiranya org yang betul betul fasih berbahasa melayu. Hang tuah kelihatan berlakon dengan menghafaz skrip. Tapi suara hang tuah semasa nyanyian memang vavoom. Hang tuah kalau m nasir mungkin lebih sesuai. Stephen berjaya menguasai watak hang tuah walaupun lenggok bahasanya nampak seakan kaku. Body language ok. Tapi hang tuah kali ini hang tuah chubby bukan hang tuah tough. Kekuatan Stephen pada suaranya yang memang lunak. Boleh tarik not tinggi tu! Sultan Melaka ![]() Seperti biasa sultan melaka memang tak leh nak komen. Dia berlakon bersahaja dan suara nyanyian sedap jugak la. Bayan ![]() Bayan ok but bila nyanyi bagi i kureng sikit. cara sebutan dia sungguh baik. teknik lakonan berkesancuma aku lebih suka Farah Afidah berlakon ganti bayan ni tapi masalahnya dia terlalu cantik untuk jadi bayan ni plak. Raja Ahmad ![]() Budak kiut ni berjaya menarik perhatian penonton dengan lagaknya yang comel. Scene lakonannya tak berapa banyak but he’s good. Raja majapahit ![]() Ac mizal hebat! Menguasai watak di samping suara yang memang sedap. Lakonan berkesan! ![]() Penari latar ![]() Semua penari memang hebat dan mereka sangat bagus serta synchronise sangat. Sabrina Hassan ![]() ini lah penari yang menarik perhatian aku. paling hebat tariannya bagi aku. Secara keseluruhannya, PGLM ni baik dan antara pelakon yang deserve standing ovation antaranya Tiara, AC Mizal, Sultan Melaka. Ni hanya review permulaan nanti aku review lagi. Pasal rasa macam nak gi tgk lagi. Effi thanks alot! Posted by .a.k.u.b.u.d.a.k.h.i.t.a.m. @ 8:31 AM [4]comment(s) |
Who? TabahYouAll Clan since 2005 The Clan ContributorsThe Past ♥ December 2005 ♥ January 2006 ♥ February 2006 ♥ March 2006 ♥ April 2006 ♥ May 2006 ♥ June 2006 ♥ July 2006 ♥ August 2006 ♥ September 2006 ♥ October 2006 ♥ November 2006 ♥ December 2006 ♥ January 2007 ♥ February 2007 ♥ March 2007 ♥ April 2007 ♥ May 2007 ♥ June 2007 ♥ July 2007 ♥ August 2007 ♥ September 2007 ♥ October 2007 ♥ December 2007 ♥ January 2008 ♥ April 2008 ♥ June 2008 ♥ July 2008 ♥ August 2008 ♥ September 2008 ♥ October 2008 ♥ January 2009 ♥ February 2009 WWW ♥ Sosweetpliz Cupcakes ♥ PokNikHusni's Webbie ♥ Elfian's Blog ♥ Azrina's Blog ♥ Angah's Blog ♥ Heizrul's Blog ♥ Ian's Blog ♥ Nisa's Fotopages ♥ Mimi's Fotopages ♥ Eppy's Fotopages ♥ PTD2/2004 YG ♥ PTD2/2004 Forum ♥ Semut Gorgon D ♥ Rafting B Quotes credits basecodes by: detonatedlove/♥s} images: photobucket designer: /♥s}summerkisses} |