Wednesday, May 31, 2006 @ 12:25 AM

hello friends...

untuk memastikan jejaka nih tak merajuk..
so..
another birthday shout out

BIRTHDAY WISHES


to one of the most "colorful" people i ever know,Mr Elfian Satria Bin Yaacob who turns 26 today

what do i mean by colourful?
elfian satria yang ku kenali nih takleh nak didescribe dalam satu perkataan..
because a lot can be said to describe this gentleman..
terlalu banyak yang indah yang boleh menggambarkan pian..
dia merupakan seorang yang akan melekat di hati aku sampai bila2..
why...
pasal die lah satu-satunya manusia yang sanggup mendukung aku...
haaa..korang jgn tatau...
aku masih ingat macam mana die dukung aku waktu log relay...
memule punyela semangat kan..
pastuh die tanya aku...berapa berat badan engko aiza..
muaahahahahhahaha...
memule tuh laju la..pastuh aku tgh makin slow je larian die..
and aku yang dah seronok dibuai angin bleh siap tunjuk kat mane die patut letakkan aku...
muahahahah...
tp atas dasar perikemanusiaan aku gagahi jua...
excited gile kitorg pas aku dah mampu berlari..
sampai waktu nak melangkah longkang..die terlupe aku..
tengok2 pap aku dah terjelepuk di dalam longkang...
pian...budi baik ko akan aku ingat sehingga ke akhir hayat aku..
aku nak cite kat cucu cicit piut aku ttg kehebatan engko..
nilah die rakan yang akan menceriakan kita ketika kita sedih..
menangis bersama2 ketika kita menangis..
menari bersama2 ketika kita ada keinginan menari...
menyanyi dengan penuh perasaan walaupun aku taknak dengar..
and lelaki yang tak kesah walaupon bontotnya ditepuk (ehehehe)
and paling aku suke kalo die paksa kita berlakon dengan die..
dahle kena paksa ..pastuh kena ikut bebetul gaya die..
mmg la berbakat sangat nak jadik director yang garang..
apa2pon sahabatku elfian satria....
seunik namamu..begitu jugalah orangnya...
Happy 26th Burpsday My Friend..
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..
dan diberikan kesihatan yang baik...

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 12:25 AM [15]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Saturday, May 27, 2006 @ 9:02 PM

assalamualaikum dan selamat sejahtera kengkawan..

aku ingin menyampaikan berita yang sedih...
aku mendapat panggilan dari kamal yang memaklumkan aku bahawa..
kakak kepada sahabat kita masrizal mustapha bakri..
telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi...
aku pon dah call masrizal and bertanya khabar...
alhamdulillah...aku tau sahabat aku yang sorang tuh tabah...
and aku ade sempat call few friends untuk memaklumkan..

mas,
ucapan takziah dari kami untuk kau dan keluarga...
semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah...
ingatlah yang kakak kau kini berada disisiNya...
kami mendoakan agar roh beliau akan ditempatkan bersama roh2 orang yang beriman..
if anything,we will always be there for u..

Al-Fatihah

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 9:02 PM [6]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 8:03 PM

Assalamualaikum dan salam keselamatan;)

Guys, aku baru dapat arahan untuk pergi ke Yogyakarta dua jam lepas. Giler nyer kelam kabut aku dibuatnya. Bila sampai bilik gerakan, lagi haru, nasib baik ada Man Kedah... kurang sikit stress aku. Man Kedah, apsal laa ko tak nak pegi... tak pasal-pasal aku yang kena pergi... har.. har..

Okeh guys, goin to miss all of you... once again aku tak dapat pi kenduri kahwin geng kita Hasry. I'm really sorry, pikir punya pikir tiap kali ada kenduri mesti aku kena outstation, duh... To Hasry, selamat melangsungkan perkahwinan. Congratulation mate... aku dapat kad hang dari Norhisham, dia pun akan kahwin 3hb ni kat Melaka. Frankly, aku respek korang yang dah kahwin, bertunang takpun menuju ke arah itu...

Selama dua minggu ni, pohon doa kengkawan semua... moga kami (56 orang SMART team, 5 doktor dan yang akan menyusul kemudian) selamat pergi dan balik... Doakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat kat sana gak, belum gunung Merapi meletup dah beribu yang mati...

Wokeh, pemandu dah sampai aku kena pi Subang airport. Take care guys, have fun on the 3rd of June, welcome to my hometown, carjunk, republic of satay. Yeay!

Posted by a g e n t p r o v o c a t e u r @ 8:03 PM [9]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, May 26, 2006 @ 1:21 PM

hi friends...

selamat ari jumaat...
sorry lambat..been bz with meetings today..
another birthday shout out..

BIRTHDAY WISHES


to forever young Mr Samasudin Bin Lawe aka sama sama who turns 35 today

when rahah told me he turns 35 today..
i was actually quite suprised...
orangnya kelihatan muda bah...
ape ehh yang boleh kukatakan mengenai abg sama sama nih..
orgnye kalo dilihat kelihatan agak serius..
tp rasenye tidak begitu serius..
die nih la PTD yang digilai banyak kementerian..
sepanjang bertugas sebagai PTD..
tak silap aku dah 3 kementerian nak die nih..
dari kpkt ke kwp sehinggalah dengar cite kesihatan..
hebat bah....
heizrul pon terpaksa akur dgn kehebatan abg sama-sama nih..
apa2pon abg samasudin...
kami mendoakan hanya yang terbaik utk dirimu..
dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik..
dimurah rezeki..
dan menjadi seorang suami,ayah dan anak yang baik...
HAPPY 35th BURPSDAY!!!!!!!!!!!

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 1:21 PM [9]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 11:02 AM

assalamualaikum semua...
lama sangat aku ni tak bersua dalam blog ni banyak cerita agaknya aku ketinggalan...email pun aku dah tak baca hampir 2 minggu..blog nii aku rasa hampir sebulan..entah apa yang aku buat sampai tak sempat membaca blog ni....ni aku tulis ni nak bagi tau aku masih wujud lagi laa....
okeh chowwww.....

Posted by fadawi @ 11:02 AM [4]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Thursday, May 25, 2006 @ 8:45 AM

Masa aku kecik-kecik dulu, time lalu kat ATM machine, aku tanya la kat guard depan bank, "pakcik mesin ni kat dalam dia ada robot ye?" Guard tu ngan muka poyo jawab, "mana ada, belakang juga ada orang apa.." Maka dengan ilmu yang cetek nilah gambaran yang ada dalam kepala aku:



Posted by a g e n t p r o v o c a t e u r @ 8:45 AM [3]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Monday, May 22, 2006 @ 10:07 PM

kengkawan..

this entry was supposed to be posted on saturday...
but since i was in kuching at that time i've to postponed it..

so kengkawan...
another birthday shout out

BELATED BIRTHDAY WISHES


to the new mother , Mrs Noor Asdiana Abd Kadir who turns 27 on 20th May 2006

apa yang hendak ku katakan ttg kawan paling rapatku ini..
mula dikenali sejak masuk SUK Selangor sesame..
and tak sangka plak bleh termasuk ke dalam satu sidang..
we've been best friends since that...
what can i say about kawanku yang akan menangis and bergembira bersamaku..
seperti yang korang kenal..
noor nih murah dengan senyuman..
specially ada lesung pipit die yang mahal tuh..
takde gaya cam orang dah berkahwin..
sampai selalu kena tegur dgn jambu supaya cepat matang sket..
hehehehhehe...
aku kenal die daripada die tak mengandung sampailah dah beranak nih ha..
sometimes aku cam tak caya yang kawan baikku nih dah jadik seorang mama..
so to my best friend noor...
aku yakin yang this year adalah tahun yang lebih baik dari tahun lepas...
pasal ko skrg bukan setakat seorang isteri tp dah jadi ibu..
semoga diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki..
menjadi seorang ibu,isteri,anak dah hamba yang baik..
i love you noor asdiana...
kaulah sahabatku dunia akhirat...
HAPPY BELATED BESDAY MY DEAR FRIEND...

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 10:07 PM [5]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 4:15 PM

hi frenz...

atas permintaan bakal pengantin kita iaitu hasry aka balak hellest..
disini ku letakkan kad jemputan perkahwinan beliau dan bakal isteri..
sesiapa yang tak menerima kad kahwin tuh beliau mohon maaf..
bukan tak jemput tp terlampau bz..so kat sini..
beliau menjemput sahabat-sahabat untuk menghadirinya..

*click for a bigger/better view*


p/s:hasry..ampun seribu ampun pasal lambat..

so kengkawan..apelagik....
mari kita serbu rumah pengantin pada 3 Jun 2006...

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 4:15 PM [5]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 12:33 PM

Kalaulah, mereka di Intan tahu kepentingan blog, nescaya mereka akan minta setiap peserta kursus meng-world wide web-kan suka duka perjalanan hidup mereka di alam mega maya ini. Damn, thinking back, we definitely need more good and better blog around. Sebab makin banyak yang mengarut. Lagi senang nak cari blog mengarut daripada yang bagus sekarang ni.

Aku muak dengan blog-blog ni semua. Tak lebih dari hikayat barah duniawi. Balik-balik party, tak habis-habis apa aku makan, tunjuk body, minum, mabuk takpun berangan mabuk.

We need more lurve, laughter, jokes, peace and friendly blog. Cut the whole crap and start blogging ya!


Posted by a g e n t p r o v o c a t e u r @ 12:33 PM [3]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, May 19, 2006 @ 10:53 AM

..brothers n sisters..friends n foes(hahha!!)..

had been pushed-over several times over this matter..and some particular individual(s) also had appointed me as "SLOOOOOOW" due to this as well..thihihee..

nak buat cemana..opis aku yang SLOOOOWW takleh nak upload gambar..

some of the pix had been uploaded..but some in progress..

rajin2 checkla if ada new pics yang dah diuploadkan..k?

http://uglyduckling.fotopages.com/

nyihihee..


does believing really needs seeing?
..still waiting for my time 2 become a graceful swan..
(which currently is under e wing of a "pre-hyppo-post-swan"..*wink*)

Posted by Anonymous @ 10:53 AM [2]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Thursday, May 18, 2006 @ 11:06 PM


ello people...aku nak kongsi gambar ni ngan nkorg...dah lama sgt dah gambar ni, mesti ada yang dah tengok... but aku still find it hilarious...




Posted by bukooch @ 11:06 PM [0]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Wednesday, May 17, 2006 @ 11:28 AM

Beberapa gambar masa pi menyebok kat Kenyir International Mountain Bike Challenge.


Buat announcement sebelum race start


Lepak sebelum rider sampai


Pemandangan dari balkoni bilik member, bilik angah yang nampak bumbung tuh


Belajar buat lap scoring.

Posted by Angah @ 11:28 AM [0]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Tuesday, May 16, 2006 @ 10:03 PM

kengkawan..

lantak ko 3 entry in a row..
nak mengkhabarkan berita baik..
bestpren ku si noor asdiana ..
telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.2kg di hospital klang lebih kurang pukul 7 lebih tadi...
alhamdulillah ibu dan bayi berada di dalam keadaan yang sehat..
suami noor yang suara die sungguh excited yg maklumkan aku..
die kate die paling amazed pasal lepas bersalin noor asyik senyum je..
takde tanda2 orang sakit pas beranak pon...
alhamdulillah..
berkat doa kengkawan semua...
so ape2pon aku akan try melawat ibu dan anak sedara baruku ini..
will post some photos soon...

till then

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 10:03 PM [10]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 2:22 PM

hi frenz..

i was watching the videos i took during DPA..
and was laughing cam orang gile in my room..
so i manage to upload it using youtube.com

so here it is
*warning:memandangkan kita bukan kat amerika..so it will TAKE QUITE A WHILE TO LOAD..what i did was biarkan die loading sampai abes (mute the sound),sampai kuar replay the video,baru aku tgk*


if korang takleh nampak kat sini..
go here -> kanak2 riang

enjoy watching kekanak riang..
more videos coming soon..

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 2:22 PM [4]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 11:07 AM

kengkawan...

juz nk informkan korg...
sahabat kita noor asdiana aka mama noor...
kini sedang berada di hospital klang..
menunggu masa untuk melahirkan anak pertamanya...
aku baru call tadik...
suara lembutnye tuh bgtau aku yang die takut...
so hopefully sesape yang ada nom die bleh call or sms and kasik die support...
sesamalah kita berdoa agar ibu dan bayi akan selamat...

cant wait for another tabahyouall jr..
yeaaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyy

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 11:07 AM [2]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Monday, May 15, 2006 @ 11:33 AM

This is my fourth trials blogging on this goblok bloggers this morning...

Wokeh, cam biase another blog by PTD:

sTone (1/2005)

Baiti (2/2003)

Jue (1/2003)

Mazrin (1/2003)

Didi (1/2003)

Remember Miss Serra? She got another blogs:

Kat friendster ngan blogspot


Posted by a g e n t p r o v o c a t e u r @ 11:33 AM [6]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Sunday, May 14, 2006 @ 8:12 PM

haloo my good frenz..

sronot betulkan kalo keje nih 4 hari seminggu..
anyway..
another birthday shout out..

BIRTHDAY WISHES


to ibu mithali kak siti nafisah che ab razab who turns 28 on 14th May 2006

kak nafisah nih orangnye pendiam...
tapi kalo diajak berborak boleh tahan gak...
aku kenal die sejak time PTD Unggul lagik..
kitorg group yang same..
teringat lagik die keletihan lepas naik tingkat 3..
then die bgtau yang sebelom nih die duk umah jaga anak die je..
terkejut gak orang kecik camtuh dah ade anak..
tp pengalaman tak leh lupe dgn die is when..
aku,die and ila jadik roomate kat intengah..
tgh siap sedia nak tidor tuh...
sempat lagik kak nafisah join kitorg bergossip...
terkejut gak aku ngan ila..
hehehehehe..tak sangka kool gak la akak sorang nih..
ape2pon kak nafisah..hope u're reading this..
semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki..
semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yang penyayang..



to our very own manoranchitham a/p rathnam who turns 25 on 12th may 2006

sape tak kenal mano nih..
the one and only vegetarian di kalangan batch kita..
i got to know her better during modul kampung..
pasal kitorg ditempatkan di mukim yang sama..
kesian gak melihatkan kehidupan die waktu tuh..
sebab tuh die rajin melepak ngan kitorg....
mano yang turut sama mengharungi cabaran di ladang kelapa sawit angkara abg melomas kita...
mano yang ketawa ketika nyawa kami hampir terbang dek akibat kerempitan cik parah apidah...
mano yang terus tabah walaupun mengalami kecederaan time modul tentera..
mano yang tanpa disangka boleh jadik geng kalo time bergosip..
itulah mano dimata kami....
walaupon berlainan bangsa tapi tak terasa perbezaan itu..
to our dear mano...
happy belated birthday my dear...
hope this year will be another great year for u..

p/s:gambar kali nih klasik sket pasal aku terpaksa amek from gambar utk profil DPA

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 8:12 PM [6]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 7:03 PM

assalamualaikum..

terima kasih ada suma yg bersimpati kt aku through blog mimi, azmeer, zana jepun, ustz hasan, faizah juniorku, abg sherryman,nisa,harith, rahahaha,farah,effi,hezrul n mak sidng sharila...
pd yg kirim msg pong nak ucapkan bebanyak tima kasih jimmy asmara donno, miri,ustz daus, rezal KBS, azam,abg ghaz n seng..
pd aiza tima kasih..tima kasih..tima kasih..
pd yg lain2pun tima kasih..
arwah abah aku meninggal pd umur 77 tahun, mmg tkejut sket coz xde apa2 tanda just for me dah sampai masanya arwah pegi jumpa Maha Pencipta.

buat zana J mintak map aku tak dpt dtg o wish slamat pengantin baru kt ko..
semoga bahagia kekal brsama ke akhir hayat..aminnnn
meriah sggh tgk gambo korang reramai..
xdpt g dpt tgk pong oklah..

once again tima kasih suma... :)

Posted by ace @ 7:03 PM [1]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Wednesday, May 10, 2006 @ 4:57 PM

weh..apsal aku xleh post message pjg2 aaa?

so, do read my entry di http://missanggerik.fotopages.com okk.. jgn riso, xder password dahh..
dgn gamba2 skali ader kat situu.. fed-up ler dgn blog nihh.. seharian suntuk aku cuba dohh..

Posted by m|ss AnggEr|k @ 4:57 PM [1]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 6:31 AM

to all my dear friends...

dalam kita bergembira..
ada dikalangan sahabat kita yang sedang berduka..
yesterday i got a msg from faiz..
asking me to post this entry...

bapa kepada sahabat kita mr rais bin ayob..
telah kembali ke rahmatullah pada hari isnin...
urusan pengebumian telah selamat dilaksanakan semalam..
i could not get the details pasal tak mahu menganggu rais...
but i manage to send my deepest condolence to him..
marilah kita sama-sama menyedekahkan surah al-fatihah untuk arwah..
semoga roh beliau akan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman..

and to rais and family...
semoga tabah menghadapi ujian Allah ini...
if anything, u can always count on us....

Al-fatihah

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 6:31 AM [5]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Tuesday, May 09, 2006 @ 10:08 AM

hello frenz..
kemeriahan menghadiri wedding zana j masih terasa..
anyway....
i wanted to post this entry yesterday...
but since i was so bz handling majlis MB turun ke kg zana j tuh..
and meeting dgn dato' ss and ketua2 jabatan ttg kewangan..
aku tak sempatla nak post entry nih...

another birthday shoutout

BIRTHDAY WISHES


to the newlyweds Mrs Ruzana Jajuri who turns 26 on 8th May 2006

kalo ikutkan sebenarnya aku dah penah kenal die time PAC kat intim dulu..
tp aku tak ingat..tp nasib baik die mengingatkan aku...
zana nih yang pastinya lagik fit dari aku...
waktu kat modul tentera die lagik berstamina dari aku..
and aku ingat time die nyanyi tuai padi antara masak..
waktu penutupan modul penempatan daerah kat k.kangsar..
pasal die antara budak yang dapat rumah yang agak daif..
budaknye putih gebu...kalo tak pakai lipstik alamatnya pucat lesu..
kulitnya cam sabun mandi je..licin je geram je nak ngusiknye...
tapi yang pastinya ketika aku kenali dirinya,
dia masih lagik anak dara tp skrg ni tataula pula.. :p
apa2pon tahniahla ya puan zana j dalam menempuh alam baru..
semoga tahun nih akan bermakna daripada tahun2 yang sudah...
kami semua doakan agar diberkati Allah selalu...
dan dikurniakan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan..
HAPPY BURPSDAY TO YOU !!!!!

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 10:08 AM [11]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Monday, May 08, 2006 @ 11:08 AM

*click for a bigger/better view*










Tahniah Zana J...

Wah....as usual memana wedding geng2 PTD mesti meriah la..
Paihtu..siap bercanda di pantai morib lak..siap ada yg main buih sabun lagi..
Ni antara gambaq2 buat tatapan kengkawan yg tak dpt dtg semalam..
Have fun..

Posted by LavenderGal08 @ 11:08 AM [16]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Thursday, May 04, 2006 @ 1:23 PM

i was browsing thru all the pictures during DPA..
when i saw this one..
i would say..it is one of my favorite...

sape kate lelaki sesama lelaki tak boleh "mesra"
hehehehehehe
*click for a better/bigger view*


tgk muke kamal tuh..suke bebenor dipeluk oleh raja tidor kita matori..
ohh btw..dengar cite wife tho dah peknen eh..

cube teka tangan sape yang cube interframe tuh..
sambil memegang hanpon nye yang dah beribu kali jatuh..
*clue = orangnye baru berkahwin bln 2 bebaru nih
hehehehehehe..

added
kalau disuruh buat karangan tentang gambar nih..beginilah bunyinya

KESAH SEORANG LELAKI YANG SUKE DIGODA

Kelihatan di atas seorang lelaki bermata sepet bernama Kamal yang begitu gembira mendapat perhatian 2 orang lelaki sehingga senyumannya sampai ke telinga dipeluk oleh seorang bakal bapa yang bernama Matori. Juga kelihatan cubaan untuk mencium daripada seorang jejaka yang bakal menjadi suami orang iaitu Hasry tetapi malangnya mulutnya telah disensor oleh hanpon seorang wanita yang baru sahaja bergelar isteri orang (walaupun tujuan utamanya adalah untuk menumpang glamer) iaitu *tut*.Turut kelihatan ialah seorang anak teruna yang masih muda iaitu Nazrul yang merasa tercabar dan cemburu kerana kejambuannya tidak diendahkan oleh 2 orang lelaki macho .

so korang kalo bleh buat crite korang cite ape?

okiela...from time to time i will post more of my fave pixies

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 1:23 PM [6]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Wednesday, May 03, 2006 @ 4:20 PM

Tasik Kenyir Review
Sampai ke tasik Kenyir hari Sabtu disambut hubby. Rindu woooo. Check in dan terus ke starting line untuk acara down hill. 3 hari kat sana memang padat jadual perlumbaan dari pagi sampai petang (malam - acara sendiri). Angah jadi technical MC untuk tahun ni (bidan terjun jer sebab chief commissaire tu pun kenalan jugak). Dan Race MC pun tak familiar ngan bab2 teknikal ni. Ok lah kan, tak ler terbangak2 menunggu hubby tersayang tamat tugas. Oklah... kalau angah cerita pasal mountain bike challenge ni pun bukan korang paham kan..
kami menginap kat Kenyir lake View Resort. Kesimpulannya, tempat ni sesuai yang amat untuk merilekkan diri bersama yang tersayang, amat sesuai untuk hanimun. Memang amat tak sesuai untuk percutian keluarga kalau bawak anak2 sebab persekitarannya tu amatlah romantik. Balkoni atas tasik tuh! Bawak anak? mau terjun bedebush ke bawah. Kat resort ni kereta kena tinggalkan kat parking lot dan transport yang ada cuma buggy (kancil yang dimodified) untuk ke serata resort. Nak kemana2 panggil jer buggy. Lambat yang amat (sebab ada event kot).
Rate pun oklah. RM160 without meal. With meal RM200++. Semuanya chalet yang mengadap tasik. Angah makan kat Pengkalan Gawi. Saja join bebudak basikal Pahang ngan Le Squadra Le Tua. Kalo korang nak berjalan2 keliling Tasik ke, masuk tasik ke, apa jer lah aktiviti bolehlah tengok kat Pengkalan Gawi nih. banyak pakej ditawarkan.
Angah ngan hubby tak pi mana pun. Abis race, pi makan pastu lepak jer kat Chalet. Lagi mau buat apa? *wink*
Malam tadi baru sampai Klang. Ingat nak main ngan anak... dia plak dah tido.. tak sempat melepas rindu. Gambar aku upload nanti lah, kamera tinggal plak.

Posted by Angah @ 4:20 PM [4]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

@ 12:28 PM

Car Stickers for 334 2/2004

Finally, managed to get a friend to get HIS friend to do the design of our batch's car stickers for us. Not bad designs, could do with a few touch ups to meet our demands. Pricey though RM4.50 per sticker.

Ex DPA 2/2004 please leave your comments at my blog or at my Flickr account.

Choose one (or click), leave your comment, name and number you wish to purchase (you automatically get one but you may BUY more)

Thanks to Chah for uploading the initial pics after 2 weeks of procastination on my part. :)

Posted by Kazookian @ 12:28 PM [6]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Tuesday, May 02, 2006 @ 9:51 AM

another entry...
lupe plak nak announce kat kengkawan...

Pada 13 April 2006 tepat pukul 5.05 petang..
bertempat di Hospital Tanah Merah Kelate,
seorang wanita bernama ANA telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan

LUQMAN HAKIM BIN MOHD SHAHRIMAN

yupp..u got it right...
anak kepada buddy kayakku...
congrats Buddy for being a dad...
semoga anak ini akan membesar jadi anak yang soleh,taat kepada Allah,keluarga..
welcome aboard TABAHYOUALL JR

pixies is courtasy of the father itself



comel kan..

send our regards to ur wife, ANA (heheheheh)
kenangan OBS tetibe terimbas kembali... :p

Posted by ♥ a i z a ♥ @ 9:51 AM [9]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥