Wednesday, April 19, 2006 @ 8:34 AM ...Tulisan ini telah dipetik dari Utusan Malaysia untuk renungan dan panduan kita bersama... Golongan profesional tutup sendiri peluang menjadi PTD PANDANGAN Injiner Kampung mengenai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) adalah kurang tepat. Beliau menggambarkan seolah-olah graduan bidang ekonomi dan sastera tidak layak manakala golongan profesional tidak diberi peluang langsung untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Untuk makluman semua, seramai lebih kurang 20,000 orang telah memohon untuk mengikuti skim PTD baru-baru ini. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 16,000 telah menghadiri peperiksaan kemasukan selama dua hari yang merangkumi pelbagai subjek seperti pengetahuan am, undang-undang, matematik dan bahasa. Hanya 2,000 orang yang lulus ditawarkan mengikuti program PTD Assessment Centre (PAC) selama tiga hari untuk diuji daripada segi ketahanan fizikal, kebolehan berkomunikasi, keterampilan dan kepimpinan. Akhirnya kira-kira 900 orang akan dipanggil untuk temu duga sebelum hanya 300 orang diambil menjadi pegawai PTD. Pegawai-pegawai baru ini pula diwajibkan mengikuti program Diploma selama selama 6 bulan yang meliputi latihan ketenteraan, polis dan bomba selepas tiga bulan berkhidmat dan sekiranya mereka tidak lulus mengikuti program tersebut, mereka akan disingkirkan daripada perkhidmatan. Ini menunjukkan bahawa PTD bukan calang-calang golongan kerana kerajaan ingin melihat golongan berkenaan yang bakal menjadi pemimpin terdiri daripada mereka yang benar-benar berkemampuan. Namun begitu, rata-rata golongan profesional tidak berminat mengikuti skim ini kerana setelah bersusah-payah untuk dipilih, mereka hanya akan diberikan gaji pokok sebanyak kira-kira RM1,700. Ini bermakna peluang mereka untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan ditutup oleh diri mereka sendiri. Sekiranya golongan profesional berkenaan merasakan diri mereka lebih layak, mereka dengan segala hormatnya dipersilakan untuk memohon mengikuti skim PTD. Jangan hanya mahu menjawat jawatan tinggi sahaja dan mendapat gaji yang banyak sekiranya mereka benar-benar jujur untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat. - DEACONFROST, Kuala Lumpur. Posted by cqa @ 8:34 AM [4]comment(s) |
Who? TabahYouAll Clan since 2005 The Clan ContributorsThe Past ♥ December 2005 ♥ January 2006 ♥ February 2006 ♥ March 2006 ♥ April 2006 ♥ May 2006 ♥ June 2006 ♥ July 2006 ♥ August 2006 ♥ September 2006 ♥ October 2006 ♥ November 2006 ♥ December 2006 ♥ January 2007 ♥ February 2007 ♥ March 2007 ♥ April 2007 ♥ May 2007 ♥ June 2007 ♥ July 2007 ♥ August 2007 ♥ September 2007 ♥ October 2007 ♥ December 2007 ♥ January 2008 ♥ April 2008 ♥ June 2008 ♥ July 2008 ♥ August 2008 ♥ September 2008 ♥ October 2008 ♥ January 2009 ♥ February 2009 WWW ♥ Sosweetpliz Cupcakes ♥ PokNikHusni's Webbie ♥ Elfian's Blog ♥ Azrina's Blog ♥ Angah's Blog ♥ Heizrul's Blog ♥ Ian's Blog ♥ Nisa's Fotopages ♥ Mimi's Fotopages ♥ Eppy's Fotopages ♥ PTD2/2004 YG ♥ PTD2/2004 Forum ♥ Semut Gorgon D ♥ Rafting B Quotes credits basecodes by: detonatedlove/♥s} images: photobucket designer: /♥s}summerkisses} |