Tuesday, April 04, 2006 @ 10:10 AM Sektor awam perlu faham keperluan bukan Islam SAYA terpanggil memberi komen mengenai polemik kurangnya penyertaan kaum bukan Melayu dalam perkhidmatan awam seperti yang dibangkitkan baru-baru ini. Saya ingin berkongsi pengalaman diri sendiri untuk tatapan pembaca sekalian. Saya adalah bekas kakitangan sektor swasta dengan gaji yang agak lumayan, tetapi membuat keputusan meninggalkan pekerjaan ini dan menyertai sektor awam pada usia akhir 20-an. Saya membuat keputusan ini untuk menyahut seruan kerajaan dan pemimpin supaya lebih ramai kaum bukan Melayu menyertai perkhidmatan awam. Harapan saya adalah tinggi terhadap skim dan perkhidmatan awam ini, walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana saya telah pun berkedudukan dalam sektor swasta dan mendapat gaji agak lumayan. Maka ramai tertanya-tanya mengapakah saya ingin menyertai sektor awam. Jawapan saya adalah kerana bukan sahaja untuk menyahut seruan kerajaan, malah untuk kepuasan diri saya sendiri. Pada mulanya, kami telah dihantar berkursus selama dua minggu sebelum melaporkan diri untuk bertugas di kementerian masing-masing. Daripada seramai 350 orang yang dipanggil, hanya lebih kurang 50 orang bukan Melayu. Maka saya terfikir, memang benar bahawa bukan Melayu tidak berminat untuk menyertai perkhidmatan awam. Namun, apakah sebabnya? Setelah itu, saya telah mendapat jawapannya. Semasa berkursus, kami didedahkan dengan pelbagai aktiviti, sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Sememangnya amat menarik. Salah satu tajuk ceramah adalah Budaya Kerja Cemerlang Mengikut Islam yang telah disampaikan oleh seorang ustaz. Beliau menyampaikan ceramahnya diselang-selikan dengan petikan daripada al-Quran dalam bahasa Arab. Saya terpinga-pinga kerana bukan sahaja tidak memahami bahasa Arab malah terasa ingin mempersoalkan kewajaran kami bukan Melayu dan bukan Islam diwajibkan turut serta dalam ceramah ini. Sepatutnya ini dikhaskan untuk kakitangan beragama Islam sahaja. Seterusnya, peserta kursus tidak dibenarkan meninggalkan kampus berkenaan tanpa mengambil kira keperluan kami yang bukan Islam untuk menjalankan kewajipan agama kami untuk bersembahyang. Surau disediakan untuk yang beragama Islam tetapi untuk kami bagaimana? Maka, selama dua minggu itulah kami tidak dapat bersembahyang. Adakah ini patut? Keperluan makanan kami yang tidak makan daging lembu juga tidak diendahkan sehinggalah seorang pensyarah Institut Tadbiran Awam (Intan) yang bukan Melayu bertindak mengatur keperluan makanan kami. Nasib baik ada beliau yang memahami keperluan kami. Namun, apakah institut itu yang dipelopori oleh pensyarah dan kakitangan yang 99.9 peratus beragama Islam ini tidak dapat memahami keperluan kami yang bukan beragama Islam? Sepatutnya kita telah saling memahami keperluan agama masing-masing seperti mana kami bukan Melayu ini memahami keperluan makanan kaum Melayu. - PEGAWAI KECEWA, Kuala Lumpur. Posted by .a.k.u.b.u.d.a.k.h.i.t.a.m. @ 10:10 AM [14]comment(s) |
Who? TabahYouAll Clan since 2005 The Clan ContributorsThe Past ♥ December 2005 ♥ January 2006 ♥ February 2006 ♥ March 2006 ♥ April 2006 ♥ May 2006 ♥ June 2006 ♥ July 2006 ♥ August 2006 ♥ September 2006 ♥ October 2006 ♥ November 2006 ♥ December 2006 ♥ January 2007 ♥ February 2007 ♥ March 2007 ♥ April 2007 ♥ May 2007 ♥ June 2007 ♥ July 2007 ♥ August 2007 ♥ September 2007 ♥ October 2007 ♥ December 2007 ♥ January 2008 ♥ April 2008 ♥ June 2008 ♥ July 2008 ♥ August 2008 ♥ September 2008 ♥ October 2008 ♥ January 2009 ♥ February 2009 WWW ♥ Sosweetpliz Cupcakes ♥ PokNikHusni's Webbie ♥ Elfian's Blog ♥ Azrina's Blog ♥ Angah's Blog ♥ Heizrul's Blog ♥ Ian's Blog ♥ Nisa's Fotopages ♥ Mimi's Fotopages ♥ Eppy's Fotopages ♥ PTD2/2004 YG ♥ PTD2/2004 Forum ♥ Semut Gorgon D ♥ Rafting B Quotes credits basecodes by: detonatedlove/♥s} images: photobucket designer: /♥s}summerkisses} |