Wednesday, May 03, 2006 @ 4:20 PM

Tasik Kenyir Review
Sampai ke tasik Kenyir hari Sabtu disambut hubby. Rindu woooo. Check in dan terus ke starting line untuk acara down hill. 3 hari kat sana memang padat jadual perlumbaan dari pagi sampai petang (malam - acara sendiri). Angah jadi technical MC untuk tahun ni (bidan terjun jer sebab chief commissaire tu pun kenalan jugak). Dan Race MC pun tak familiar ngan bab2 teknikal ni. Ok lah kan, tak ler terbangak2 menunggu hubby tersayang tamat tugas. Oklah... kalau angah cerita pasal mountain bike challenge ni pun bukan korang paham kan..
kami menginap kat Kenyir lake View Resort. Kesimpulannya, tempat ni sesuai yang amat untuk merilekkan diri bersama yang tersayang, amat sesuai untuk hanimun. Memang amat tak sesuai untuk percutian keluarga kalau bawak anak2 sebab persekitarannya tu amatlah romantik. Balkoni atas tasik tuh! Bawak anak? mau terjun bedebush ke bawah. Kat resort ni kereta kena tinggalkan kat parking lot dan transport yang ada cuma buggy (kancil yang dimodified) untuk ke serata resort. Nak kemana2 panggil jer buggy. Lambat yang amat (sebab ada event kot).
Rate pun oklah. RM160 without meal. With meal RM200++. Semuanya chalet yang mengadap tasik. Angah makan kat Pengkalan Gawi. Saja join bebudak basikal Pahang ngan Le Squadra Le Tua. Kalo korang nak berjalan2 keliling Tasik ke, masuk tasik ke, apa jer lah aktiviti bolehlah tengok kat Pengkalan Gawi nih. banyak pakej ditawarkan.
Angah ngan hubby tak pi mana pun. Abis race, pi makan pastu lepak jer kat Chalet. Lagi mau buat apa? *wink*
Malam tadi baru sampai Klang. Ingat nak main ngan anak... dia plak dah tido.. tak sempat melepas rindu. Gambar aku upload nanti lah, kamera tinggal plak.

Posted by Angah @ 4:20 PM [4]comment(s)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥